Farah Filzah bt Azizuddin Tuesday, August 31, 2010



hari ini rasa aku agak kosong
entah kenapa bagai satu batu besar
menghempap diri hingga menutup rongga
ah, siapa tidak pernah begitu
bila hadirnya tak tahu hendak ku kata bagaimana
sukar hendak di jelas mahu di laungkan
terasa sempit dada, mengigil anggota tubuh
ku fikirkan 'oh, jangan ini yang kedua'
kuat ku belum lagi kunjung tiba

lalu aku cuba tanyakan pada si hati
hey, apa yang kau mahu hingga seksa diri ku?
si hati itu hanya diam, sepatah pon tak berkata
lalu di layarkan sebuah wajah di pangkal minda
tersentap aku dalam aku yang termanggu-manggu

kenapa dia?
wajah yang satu itu juga kau titipkan
walau aku tahu ah, dia takkan seperti kamu
fikirkan tiap wujudnya dalam hidup itu bahgia

kemudian aku tutup kedua mataku
mata yang ku tahu tak punya apa sakti pun
lalu ku bisikkan pada sang mata kedua-dua
'apa betul yang apa hati layarkan pada minda?'
kedua mata juga bisu tanpa bicara
lalu mereka hembuskan sebuah nama di susuk telinga

kenapa dia?
nama yang kau tahu memang aku tergila
tiada apa jawapan dari segala soalan yang ku bahaskan
kemudian bisik satu suara yang ku tak tahu asalnya


'hey, itulah jiwa'.

0 diskusi:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails