Farah Filzah bt Azizuddin Monday, July 19, 2010


sejauh mana kaki melangkah, setinggi mana jiwa itu terbang, rindu tak pernah berhenti bernafas, sampai mati kan tetap terus, bersemadi pasti bersama memori. walau kiranya pada yang tak sudi. -farah filzah azizuddin-

Farah Filzah bt Azizuddin


Apa kita tahu org tak tahu
Apa kita mahu org tak mahu tahu
Apa kita rasa mereka ingin tahu
Apa kita perlu tentu milik mereka tentu
Apa kita ada belum tentu selamanya
Apa kita pasti allah yang maha esa.

apa mahu mereka mungkin kita tiada
apa kita ada bukan itu yang di mahu
apa kita tahu biar apa yang kita mahu
apa ada kita hanya kau dan aku

sakit dirasa walau jauh di sana
rasa di dalam hanya kita yang rasa
indah walau tak sentiasa
indah sementara itu diingat selama.

Sama-sama ada dalam mahunya kita
Sama-sama ada dalam apa adanya
Sama-sama menongkah arus pawana
Sama-sama kita bersama moga-moga


kerna kita jumpa indah dalam tak ada apa

Farah Filzah bt Azizuddin


Sweet lonely night,
Thinking of you and nothing less,
The warmth of your smile,
Fade my fears, erase my tears.

Sweet lonely night,
I’ll sooth you if you fall,
With comfort pillows of haven,
Keep you safe, from danger, from harm.

Sweet lonely night,
Lend me the shine of your stars,
For me to brighten up his day,
So that his smile will forever stay.

Oh sweet lonely night,
Let him have the sweetest nightly dreams,
And I will have all the bad evil nightmares,
Sing to him a joyful melody and content lullaby.

My sweet lonely night,
Let me have all his pains and miseries,
I want to make them mine.
I want to make them mine.


now, they were mine. stronger i should, grateful i am.


cubaan kerdil berpuitis berbahasa kapitalis. segan.

Farah Filzah bt Azizuddin Monday, July 12, 2010


dahulu kau izinkan hati dibuai kata indah,
disogok segala rasa manis, tenang, berbunga,
kau sejujurnya percaya segala kata
bagi kau, ah.. inilah syurga dunia.

pelangi kata kau. di mana-mana.
ada. percaya.

kininya kau dikejutkan dari mimpi indahloka
segala itu jenaka bagi punca segala dusta
peritnya kini kau rasa bagai bom jangka
bagi kau.. nah!! inilah neraka dunia.

gelap pedih kata kau. tiap ketika.
pasti. terasa.

patutnya kau tahu apa itu kecewa.
ia bagai telah lama membesar sama-sama.
patutnya kau tahu apa itu bahagia.
ia bagai wujudnya hanya nyawa-nyawa.

buat apa dikenang segala yang tidak sudi.
buat apa ditangis segala yang disampahkan.
buat apa dikesal segala apa yang disiakan.
buat apa diharap segala dongeng fantasi.

andai dipijak, kau bangun.
andai dihina, kau bangun.
andai ditolak, kau bangun.
andai dirobek, kau bangun.

bangkit!!!

selagi terdaya, selagi termampu.
kutiplah segala kemusnahan itu.
melawan segala kemungkaran.
jadikan ia azimat kebangkitan.

masih ada yang sayang. masih ada yang perlu.

kerna kau, wanita istimewa. di sisi tuhan.


moga-moga.

Farah Filzah bt Azizuddin Tuesday, July 6, 2010


di tiap rasa kekuatan diri itu rapuh,
bila mana hati itu layu dan hampiri pupus,
tika tubuh dipijak ibarat tiada belas,
di detik tertimbus jasad ini dek kejam dunia.

kadangnya aku ceria
pinjamkan kalian warna gembira
kadangnya aku mendung
tiada berawan senyum hilang

saat asaku kian putus,
dinding kecewa ibarat menghempap,
buat nafasku sesak, rohnya hanya nyawa-nyawa
dunia ku rasa kelam lesu tanpa maya

kamu tiba
kamu hadir
kamu di situ
kamu ada

ibarat kunang-kunang cahaya
cahayanya tak mampu melawan terang mentari
cahayanya kecil-kecil
tapi bila mana ia lingkungi hati kusam gelap ini

bahagia hadir tanpa sedar
bagai memeluk aku yang telah pupus
bagai ditiup kembali sedikit nyawa supaya ku tak terus mati
bagai selimut hangat buat jiwa rasa selamat

bagai hadir ku ini sebenar diperlukan
bagai hadir ku ini sebenar bermakna
bagai hadir ku ini jujurnya ada erti
bagai hadir ku ini jujurnya kalian hargai

kerna kalian ku panggil sahabat sejati. rangkul aku terus.

Farah Filzah bt Azizuddin


malas sudah mahu sajikan kata manis
buat mengubat luka sekeping hati suci
kerana bukan itu yang perlu untuknya
yang patut hanya doa luhur ubatkan parah itu.

manusia-manusia itu terus berkata,
menikam merobek segala rasa suci jiwa kamu,
apa benar itu yang kau tetap rasa?
kerna bagi aku, kebenarannya tetap nyata.

itu kata-kata manusia lupa hakikat hidup,
ya, realiti selalunya mengigit pedih
betul-betul di depan segala harapan yang kau bentangkan
betul-betul hancurkan segala mimpi indah kau lakonkan

kenapa harus kau menidakkan kebenaran itu,
putih juga kata kau walau hitam terus mereka ludahkan,
kenapa harus terima saja bila dikata kau pura-pura,
walau aku tahu hati kamu memang jujur menerima.

lalu kau tetap tegar disitu,
berdiri terus tidak sedikit berganjak,
walau apa sekali yang menolak, menepis segala teguhnya engkau,
tetap kuat kau tegakkan tanpa gentar.

kau hanya ada satu perjuangan suci pegangan hati
lantakkan apa juga kata orang-orang bajingan itu
kerana mereka takkan rasa segala apa rasamu,
aku kenal kau siapa.....


kau pejuang cinta.

Farah Filzah bt Azizuddin


Aku mahu kau tahu,
di setiap penat perit kau lalui,
doaku sentiasa bersamamu.

Aku mahu kau tahu,
di setiap sakit pening dirimu,
rela aku tanggung seksanya.

Aku mahu kau tahu,
di setiap duka luluh hatimu,
ingin ku ceriakan dengan indah dunia.

Aku mahu kau tahu,
di setiap peluh keringatmu itu,
bangga aku saksikan keazaman mu.

Akhirnya, aku mahu kau tahu,
puisi ini ciptaan aku utk kamu.
Di sana. Di sini. Tetap tunggu kamu


dengan satu rasa. Sayang. Hanya itu.



Farah Filzah bt Azizuddin


tersentuh,
melihat muka ku puja itu,
sepi,
lemahnya tak bermaya.

ingin,
kurasai sedikit lelahnya,
biarkan,
kurang segala bebannya.

mengerti,
segala penat keluh kesah itu,
pudar,
seri gembira di mata wajah itu.

rela,
simpan segala cerita remeh yang mahu diluahkan,
tak mampu,
menambah lagi kusut fikiran .

berilah,
peluang untuk bekalkan sedikit senyum,
supaya,
harinya lapang sedikit walau seketika.

jika,
bayaran yang perlu dibayar,
agar segala harinya usahanya baik-baik saja,
adalah sebuah jiwa....

tolonglah tuhan. beri dia kecap bahagia.



aku rela tak punya jiwa.


Farah Filzah bt Azizuddin


entah kenapa,
hari ini rasa aku,
entah apa-apa,
kentalnya tiada, hambarnya terasa.

rasa mahu sembunyi,
senyap dan lari,
tak mahu dilihat, tak mahu menegur.
ya jelasnya aku tidak mahu.

bukannya aku ini jiwanya tiada,
selalu jiwa itu buatkan aku berbunga,
tapi entah kenapa hari ini,
entah apa-apa aku rasa.

mahu ku menyorok sendiri,
dalam almari,
sunyi. sepi. berselimut negativiti.
ah, aku benci rasa ini.

senyum datanglah. ketawa hadirlah.
mahu kalian temankan aku.
selalu dakap aku, peluk aku.
walau dalam mendung. walau dalam pilu.

pahit manis sunyi girang,
sepatutnya aku sedar. dari dulu.
indah takkan selalu, derita bukan selama.
aku patut tahu. aku patut patuh.
dengan rasa yang entah apa-apa ini.


kerana itu hidup.

Farah Filzah bt Azizuddin


sunyi,
dulu kau hadir,
bersama mimpi,
ngeri.

sepi,
dulu di sini,
kau tidak pergi,
sedih.

hati,
dulu menanggis,
lukanya pedih,
mati.


kini,
pergi kau pergi,
jangan kembali,
jangan kembali
di sini.

kerana diri,
hati,
mimpi,
dah ada pelangi.


tetap di sana,
itu memori,
pergi kau pergi.
jangan.


kembali lagi.

Farah Filzah bt Azizuddin


tiap kali aku belajar berdiri,
aku ditolak jauh ke dalam gaung kejam.
tiap kali senyum ku terukir,
aku disepak tanpa belas kasihan.
tiap kali aku mula kenal erti indah,
hati ditusuk dirobek duri tajam berbisa.
tiap kali aku cuba dampingi bahagia,
segala itu akan dipijak hancur berkecai halus.

hingga aku lumat.
hingga aku pupus.
hingga aku mati.

kerna aku tak pernah layak untuk semua itu.


apa dosaku? di mana salah ku?
kini aku mengerti. bukan sekadar alam mimpi fantasi.


izinkan aku membenci segala yang bernama, 'REALITI'.

Farah Filzah bt Azizuddin


kalau lah kamu tahu,
tiap waktu saat ku sendiri,
kotak jiwa aku terlukis gambar kamu,
yang tersenyum ketawa segala,
indah.


kalau lah kamu tahu,
segala doa sujud syukurku,
ingin ku hadiah kan kusyuknya,
untuk jiwa kamu merasa ketenangannya,
ikhlas.


kalau lah kamu tahu,
pabila ku tahu sakit gering diri mu itu,
jiwa bagai ditusuk kayu-kayu tajam ranap
hati kertas ini rasa direbus hidup-hidup,
pedih.


kalau lah kamu tahu,
aku bukan mahu agung-agungkan rasa jiwa,
ya memang elok ku simpan segalanya sahaja,
tapi aku tak bisa,ku perlu lihat senyum itu,
walau bukan untuk aku, tidak apa-apa
bahagia.


aku rapuh bila kamu tidak teguh. tapi itu aku.

ini rasa suapan jantungku. kerana kamu nadinya.

maaf.

Farah Filzah bt Azizuddin


aku kah sang pelangi itu
yang menjadi igauan tidurmu
yang menyinari hidupmu
yang membiaskan warnanya untuk dipuja olehmu

aku mohon
akulah sang pelangi itu
kerana sememangnya
itu tugasku

kamu tetap di kalangan pelangi itu.
yang menyinari setiap hembus nafasku,
yang melayan kerenah sumbang mulia aku,
tanpa ada rasa jemu.

aku juga mohon.
agar kamu tetap di situ,
sentiasa ada,
kerna aku perlukan warna mu

warna yang ceriakan hati kusam ku.

Farah Filzah bt Azizuddin


Kalau ada izinku menyentuh pelangi itu,
Akan ku pastikan warnanya berseri berkilau selalu.
Walau adakalanya suram cahaya hatinya,
Tetap ku di sini, setia hulurkan walau secebis Cuma,
Sekuman cahaya hati walau ku tahu tiada banyak jumlahnya.
Tapi tetap ku akan beri. Pasti.
Kerana kamu sang pelangi.

Kalau ada peluangku mendampingi pelangi itu,
Akan ku sajikan ceritera indah sebagai peneman tidurnya,
Agar dapat lena bahagia diulit mimpi mempersona,
Harap ku agar ada secebis gembira dalam dirinya
Kerna tiap kali melihat senyumnya, itu sudah cukup.
Cukup buatku rasakan hangatnya mentari pagi.
Indah. Bahagia. Namun biarlah ini dia yang rasa.
Kerana kamu sang pelangi.

Kalau ada tiap masa ku mengagumi dia, pelangi itu.
Mahu ku bantu dia ringankan segala apa beban di benaknya,
Ku kutip juga semua mimpi ngeri, duka lara terbitan hatinya,
Takkan sesekali aku biarkan warna warni hiasan hidupnya,
Kusam, pudar, layu, tak berseri lagi dek ujian duniawi.
Walau seantero dunia berpaling tak mahu menoleh padanya lagi,
Tetap ku ada di situ, di sisi, tak kan sekali aku berganjak,
Tetap tangannya ku gengam, erat teguh tak sekali ku leraikan,
Hingga jika dia kata, berhenti, cukup lah kau di sini.
Selagi tidak, tegar setia aku di sini. Teguh. Kental.
Kerana kamu sang pelangi. Mungkin bukan pada mereka atau siapa-siapa.

Untuk aku, kamu istimewa. amat!

Farah Filzah bt Azizuddin


aku pernah

rasakan setiap penat mu itu, seksa ku.

aku pernah

topengkan gembira supaya hati mu tidak pedih

aku pernah

walau penat menggila, tetap tersenyum untuk kamu

aku pernah

cuba habis upaya ku agar hatiku kau sambut

aku pernah

percaya bahagia itu ada dengan kata indah mu

aku pernah

korbankan segala mahuku kerna tak mahu bebankan mu

aku pernah

tahan empangan air mata, bagi kau saksi kuatnya aku

aku pernah

gengam erat tangan mu walau ku tahu kau tak perlu aku

aku pernah

telan segala sakit demi untuk hiburkan kamu,

aku pernah

tabahkan segala seksa agar aku tetap dalam ingatanmu


tapi mengapa tak pernah sekali kau cuba mengerti?

atau hargai?

atau hargai?

atau hargai?


putus sudah daya ku. ya aku tak mampu.


Farah Filzah bt Azizuddin


lihatlah aku jika sudi hati mu
dengarkan aku andai ada rasa mu
tanyakan aku jika punya belas mu
intailah aku andai ada detik percuma mu

aku ada di sini
tegar berdiri
masih menanti
dalam sunyi dalam sepi

hujan tak lagi bawa salju rasa
titis rintiknya seakan mengerti
tentang erti pedih, tentang erti sakit
bila mana gelap, bila mana perit

ajaib sang awan hitam itu
rampas segala sinar suria rasaku
dalam sekelipnya mata, sekejapnya cuma
tanpa amaran 'matilah kau, jiwa!'

aku tetap masih di situ
terduduk pilu
masih terus menunggu
dalam syahdu dalam sayu

walau seadanya aku
kuatnya sudah rapuh, pupus sudah meratah
berharap agar sekuman cahaya disuluh
dan dapat ku lepaskan lelah ku, hapuskan sesak ku


jangan sampahkan aku. mohon aku. rayu aku.

Farah Filzah bt Azizuddin

di kala hidup ini dibakar hangatnya sepi,
kejora itu hadir, sejukkan bahangnya.
di kala hidup ini menempuh onak berduri,
kejora itu tetap di sisi, suluhkan jalannya.
di kala hidup ini terasa lemah xberdaya lagi,
kejora itu hulurkan kekuatan yang tidak terperi.

di kala hidup ini jatuh di dalamnya lembah derita,
kejora itu tetap pinjamkan sayap saktinya.
di kala diri ini hilang segala harapan bahagia,
kejora itu tetap menerangi sinar mentarinya.
di kala hidup ini dirasakan suram tidak bernyawa,
kejora itu menyanyikan lagu-lagu pelangi.

di kala hidup ini melakarkan kisah-kisah duka,
kejora itu turut menanggis bersama.
di kala hidup ini tak mampu lagi untuk mengerti kejamnya dunia,
kejora itu tidak berputus asa tunjukkan indahnya bahagia.
di kala hidup ini dihiris luka-luka berdarah,
kejora itu berusaha sehabis mungkin untuk peroleh penawarnya.
di kala hidup ini tak punya apa-apa,
kejora itu juga yang meyakinkan, kamu itu istimewa.

tetapi, hidup itu tidak selalu derita.
dikala bahagia, kejora tidak pernah terasing dari lipatan minda.
di kala hidup ini peroleh cahaya girang dan gemilang,
kejora itu turut tersenyum bahagia


sejujurnya ini untuk mereka. dedikasi dari hati, tak ternilai budi kalian, sampai aku mati

Farah Filzah bt Azizuddin



assalamualaikum.


ini merupakan segala titik mula untuk pengumpulan segala bentuk karya yang pernah terhasil sepanjang bermulanya nafas untuk terbitkan segala ungkapan minda dalam bentuk kata. diri ini sedar yang hasil nukilannya tak sehebat mana namun segala bentuk puisi, coretan kata ini hanyalah sekadar mengisi kekosongan jiwa yang indahnya tak seberapa, puitisnya tak tinggi menjulang. diri ini hanya baru bergiat dalam penulisan yang tidak seluas alam pengetahuannya. bahasa yang ada kalanya agak terhad kosa kata yang diluahkan kerna masih merangkak pelajari bait-bait indah yang terhasil dari ciptaan para idola. masih banyak tunjuk ajar didahagakan, kritikan segala akan dijadikan garis panduan.


ini adalah dari jiwa aku. bentak hati aku. bila mana indah terasa, atau perit menggila. ku muntahkan segala rasa dalam bentuk kata. sejujurnya aku. walau aku tahu, ianya tak hebat mana.


pembuka kata segala ceritera.

Related Posts with Thumbnails