Farah Filzah bt Azizuddin Tuesday, July 6, 2010


malas sudah mahu sajikan kata manis
buat mengubat luka sekeping hati suci
kerana bukan itu yang perlu untuknya
yang patut hanya doa luhur ubatkan parah itu.

manusia-manusia itu terus berkata,
menikam merobek segala rasa suci jiwa kamu,
apa benar itu yang kau tetap rasa?
kerna bagi aku, kebenarannya tetap nyata.

itu kata-kata manusia lupa hakikat hidup,
ya, realiti selalunya mengigit pedih
betul-betul di depan segala harapan yang kau bentangkan
betul-betul hancurkan segala mimpi indah kau lakonkan

kenapa harus kau menidakkan kebenaran itu,
putih juga kata kau walau hitam terus mereka ludahkan,
kenapa harus terima saja bila dikata kau pura-pura,
walau aku tahu hati kamu memang jujur menerima.

lalu kau tetap tegar disitu,
berdiri terus tidak sedikit berganjak,
walau apa sekali yang menolak, menepis segala teguhnya engkau,
tetap kuat kau tegakkan tanpa gentar.

kau hanya ada satu perjuangan suci pegangan hati
lantakkan apa juga kata orang-orang bajingan itu
kerana mereka takkan rasa segala apa rasamu,
aku kenal kau siapa.....


kau pejuang cinta.

0 diskusi:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails