Farah Filzah bt Azizuddin Friday, August 20, 2010


kenalnya kau aku sudah lama
tapi adanya kita hanya teman biasa
di satu persimpangan masa dunia
dengan izin Yang Esa, bertemu semula
kita berteman terus berdua
bersama, kita khabarkan cerita rasa

dalam arus sahabat bersama
ku tahu jiwa mu telah berpunya
selalunya tempat kau kongsikan rasa
diri ini kau jadikan pendengar setia
tidak apa-apa kerana aku relakan segala
suka duka gembira sengsara kau dan dia

tapi hadirnya satu rasa yang tak ku pinta
terhimpit tersesak rasa yang tak dipaksa
ku mula senang dampingi kau mentari senja
di kala hanya wajahmu ku lihat, oh bahagia
apakah ini namanya putiknya indahnya cinta?
ku botolkan jiwa agar kau tak sedarkannya.

jiwa aku merasa
hati murni kamu
walau ku tahu
kau bukan milikku

adakalnya ingin ku teriak,
'hey jejaka, hati aku telah dipatuk!
dengan satu rasa bukan aku yang pinta
pintu ini diketuk kamu tanpa sedar
ku rela kau masuk, walau kau tak khendak
juga aku tahu kamu tidak mahu akan aku!'

apa adanya aku bagai tika ini bernafas dalam selut
pekat kejam lumpurnya itu bagai menelan jiwa
cuba ku gapai tangan kamu yang itu, ya aku cuba!
bila mana tangan itu kau genggam hanya untuk dia
perit pedih menyelimut merangkul kemas aku ini
akan satu rasa yang ku tahu kau tak punya.

salah kah aku?
bodoh kah aku?
dungu kah aku?
dosa kah aku?

tidak mahu kah kita sulamkan gembira berdua?
tidak sedar kah kamu akan adanya rasa itu?
tidak sedia kah kita gapai pelangi bersama?
tidak perlu kah kau hargai walau secebis jiwaku?

kini tersedarnya diri
pada satu realti
ini bukan mimpi misteri
bila kau ucap di satu pagi


teman biasa adalah kita, selama.


tak mengapa.
biar ku kutip cebisan hati lumat itu
biar ku tiup rasa yang nyawa-nyawa
biar ku berdiri dalam gaung kecewa.

biar.

ku tahu aku sendiri.

biar.


adanya jalan cerita ini dipinta oleh seorang sahabat. yang punya rasa tapi di kecewa. oleh cinta yang bukan miliknya. walau kimia mereka tetap terasa.

0 diskusi:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails