Farah Filzah bt Azizuddin Sunday, August 1, 2010

sendirian aku, renungi hidup
bila termangu, ku ingat sesuatu
itu mereka, berdua bersama,
menempuh hidup dari dulu
bersama untuk aku.

kadangnya ku lupa
kadangnya ku alpa
ada darah muda
sentapkan gembira

ku tinggi suara, ku tak sedar apa,
ku hancurkan rasa, ku sakiti dia,
tak ku capai mimpi, yang kalian khendaki,
ku paling kepala, seolah kalian tak terasa.

walau itu, tetap kau persembahkan,
segala mahu aku, segala ingin aku,
tak pernah sekali, putuskan asa mu,
melayan manjaku, menanggung segala

hadirnya aku..
bukannya cinderella
bukan que sera sera
tak ada nak di bangga

satu masa nanti, ku tahu tak terganti
segala perit pedih, jasa yang kamu beri,
aku sentiasa kirimkan doa bahagia
hanya Yang Esa kurniakan istana

kalian ibu bapa, yang beri ku nyawa
peluang ku kutip, memori di bumi
aku hanya anak, yang tidak sempurna
ampunkan segala, dosa ku semua

kalian di hati
tempatnya tertinggi
tetap ku hargai
sejujurnya bererti

ku tetap puteri, sampai aku mati.


untuk mereka. jiwa saya

2 diskusi:

Qamaruls said...

cikyong patut jd cikgu BM laaa.. he3

Farah Filzah bt Azizuddin said...

hampeh looo... hahahha..

mama dah cikgu BM... kemana tumpahnya kuah kalau kat sipi meja... kan kan?

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails